Kamis, 19 Januari 2012

LAWATAN GAHARUMAN KE THAILAND






15-18 Jan 2012, Gaharuman Team telah membuat lawatan sambil belajar di Thailand, kami telah diberi taklimat dan melihat sendiri ladang gaharu, teknologi inokulasi dan hasil gubal gaharu serta pasaran gaharu telah memberi maklumat yang sangat berguna untuk dikongsikan bersama dengan para pecinta gaharu di Malaysia.
Sememangnya tanaman gaharu sangat berpotensi untuk memberikan hasil pulangan yang sangat lumayan dan tidak perlu diragukan lagi. China merupakan pasaran gaharu yang paling luas disamping negara-negara Arab.

-bersambung-

Kamis, 10 November 2011

MEMBINA JARINGAN SEMASA KURSUS














30 Oktober 2011, Tg. Karang - Seramai 20 orang peserta telah mengikuti Kursus Agrobisnis Gaharu anjuran Gaharuman Resources. Seorang komlomrat dari Batam telah mengikuti kursus ini. Seorang bekas pensyarah universiti tempatan juga sudi mengikuti kali ini.
Peserta berbagai latar belakang ini dapat menambahkan input-input baru tentang industri gaharu dalam sesi bertukar pandangan. Ramai juga peserta yang sudah menanam gaharu dalam jumlah yang banyak tetapi masih datang untuk menambah ilmu.














Untuk meningkatkan hasil tanaman gaharu, semua pihak harus terlibat bagi memastikan ianya benar-benar mendatangkan keuntungan. Adalah diharapkan pihak kerajaan, penyelidik-penyelidik serius dan fokus kepada industri ini kerana masa depan industri ini sangat baik dan menguntungkan kepada rakyat dan kerajaan.
Bagi sesiapa yang berminat dan mendalami ilmu gaharu, kami menjemput dengan hormatnya pada kursus pada 27 November 2011. Bayak faedah diperolehi apabila anda mengikuti kursus ini. InsyaAllah. Sekian,

Jumat, 23 September 2011

LAWATAN KE LADANG GAHARU



17 Sept 2011. Gaharuman telah melakukan lawatan ke ladang gaharu seluas 200ekar milik seorang usahawan tani di selatan tanahair. Sebanyak 30 000 pohon gaharu di tanam yang sudah berusia 3-5 tahun. Ini adalah antara ladang gaharu terbesar milik bumiputra yang ada di semenanjung.
Dalam lawatan itu kami telah diberi taklimat mengenai sejarah penanaman dan juga perancangan seterusnya.

Rabu, 13 Juli 2011

BLACK GOLD BOOSTER


'BLACK GOLD BOOSTER' pencarian berabad lamanya telah ditemui. Penemuan/Penggunaan 'BLACK GOLD BOOSTER' telah memberi keajaiban yang luar biasa pada pokok gaharu/karas dan boleh dilihat kesannya dalam masa 2 bulan selepas disuntik/inokulasi. Kesan keajaiban akan bertambah mengikut tempoh masa dari batang hingga kedahan dan ranting.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi : Ust Mat Hasbollah Bin Sudin 013-3707271.

KURSUS SUNTIKAN INOKULASI DENGAN 'BLACK GOLD BOOSTER'
PENDAFTARAN DI BUKA SEKARANG!

Kamis, 07 Juli 2011

KURSUS GAHARU BULAN FEBUARI 2012

Dijemput kepada penanam, bakal penanam pokok gaharu supaya menghadiri Kursus Penanaman Gaharu. Matlamat kursus ialah mendedahkan kepada peserta cara-cara penanaman gaharu (mengikut cara yang betul) mengenal jenis pokok gaharu, mengetahui potensi hasil gaharu dan indusrtinya dan pasarannya. Anda akan didedahkan ilmu dan maklumat oleh En. Mat Hasbollah Bin Sudin ( Pengurus Besar Gaharuman Resources) Kursus tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 26 FEBUARI 2012 (Ahad)


Masa : 8.30pg - 3.30ptg

Tempat : Tanjong Karang Selangor.

Yuran : RM 250.00

Makan minum, kertas kerja, sijil penyertaan diberi.

Maklumat lanjut 0133707271

Kamis, 02 Juni 2011

KURSUS GAHARU (MEI 2011) 4 JEJAKA DARI MEDAN IKUT SERTA



28 Mei 2011, Tg. Karang- seramai 20 peserta telah mengikuti Kursus penanaman dan industri gaharu. Peserta yang datang daripada semenanjung serta Sabah dan Sarawak dan juga 4 jejaka yang datang dari Medan Indonesia.

Laporan seterusnya akan menyusul

Sabtu, 26 Maret 2011

PROSES TERBENTUKNYA GAHARU


Salam kepada pecinta gaharu,
Dalam usaha kita mencipta gaharu melalui proses inokulasi (buatan), dasar terjadinya gaharu dapat kita pelajari dengan mengamati proses terjadinya gaharu secara semulajadi. Proses terjadinya gaharu didahului oleh pokok terluka melalui patah cabang atau sebagainya selanjutnya ia terserang oleh penyakit yang berada disekitarnya.
Penyakit sebagai benda hidup akan terus berusaha untuk hidup sehat dengan memanfaatkan makanan yang ada pada pohon gaharu (karbohidrat,protein,lemak,vitamin,hormone,mineral dan lain). Dalam proses pemanfaatan sumber makanan ini akan terjadi pengangguan sistem pertumbuhan pokok. Tumbuhan (pokok gaharu) sebagai benda hidup akan melakukan pertahanan diri untuk terus hidup sehat.
Pada kondisi mempertahankan serangan penyakit, jika pohon melemah, maka akan terjadinya proses terbentuknya teras gaharu.
Hasil penyelidikan terhadap pohon yang terkena serangan/terbentukya gaharu, kita akan jumpai beberapa jenis kulat wujud.
Hasil penelitian para penyelidik kulat gaharu, mendapati kulat dari genus Fusarium spp. diduga merupakan penyakit utama dalam proses terbentuknya gaharu.

PENDAFTARAN DIBUKA - KURSUS PENANAMAN DAN INDUSTRI GAHARU BULAN FEBUARI 2012

Dijemput kepada penanam, bakal penanam pokok gaharu supaya menghadiri Kursus Penanaman Gaharu. Matlamat kursus ialah mendedahkan kepada peserta cara-cara penanaman gaharu (mengikut cara yang betul) mengenal jenis pokok gaharu, mengetahui potensi hasil gaharu dan indusrtinya dan pasarannya. Anda akan didedahkan ilmu dan maklumat oleh En. Mat Hasbollah Bin Sudin ( Pengurus Besar Gaharuman Resources) Kursus tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 26 FEBUARI 2012 (Ahad)


Masa : 8.30pg - 3.30ptg

Tempat : Tanjong Karang Selangor.

Yuran : RM 250.00

Makan minum, kertas kerja, sijil penyertaan diberi.

Maklumat lanjut 0133707271

Gaharu

Gaharu
GAHARU sejenis kayu dengan berbagai bentuk dan warna yang khas, serta memiliki kandungan kadar damar wangi, berasal dari pohon atau bagian pohon penghasil gaharu yang tumbuh secara alami dan telah mati, sebagai akibat dari proses infeksi yang terjadi baik secara alami atau buatan pada pohon tersebut, dan pada umumnya terjadi pada pohon Aguilaria sp. (BSN, 1999).